About Us
Kisah Kami
Albattar Legacy ialah jenama yang menawarkan penyelesaian kewangan berasaskan emas, dengan fokus pada simpanan, pelaburan, dan perlindungan nilai kekayaan. Kami percaya emas lebih daripada sekadar logam berharga; ia adalah aset sebenar yang memberikan ketenangan fikiran jangka panjang dan kestabilan kewangan.
Sebagai Perunding Emas di bawah Albattar Legacy, kami membimbing anda untuk memahami cara simpanan emas berfungsi, strategi pelaburan bijak, serta bagaimana emas boleh menjadi bahagian penting dalam perancangan kewangan anda.
Siapa Kami?
NakamaKanaka di bawah Syarikat Albattar Legacy ialah rakan anda dalam membimbing untuk simpanan emas. Nama kami membawa maksud “Teman Emas” — gabungan bahasa Jepun (Nakama = teman) dan Jawa (Kanaka = emas). Kami percaya setiap keluarga layak memiliki legasi aset yang kukuh.
Misi
- Menyediakan akses emas berkualiti (harga kilang) kepada rakyat.
- Menawarkan penyelesaian simpanan emas digital yang rendah modal dan mudah diakses.
- Memberi pendidikan, bimbingan dan sokongan jujur supaya pelanggan mampu bina legasi untuk keluarga.
- Menjaga amanah pelanggan melalui ketelusan, keselamatan dan perkhidmatan mesra.
Visi
Menjadikan simpanan emas mudah, selamat dan menjadi warisan kasih untuk setiap keluarga di Malaysia.
Kenapa Pilih Kami?
1.0 Kepercayaan (Integrity)
Kejujuran dan ketelusan menjadi asas dalam setiap urusan bersama pelanggan.
2.0 Komuniti (Sahabat & Sokongan)
Membina hubungan seperti rakan, sambil memberikan sokongan berterusan kepada setiap pelanggan.
3.0 Kebolehcapai (Akses Mudah untuk Semua)
Menyediakan solusi kewangan yang mudah difahami dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.
4.0 Legasi (Fokus Keluarga & Warisan)
Memupuk perancangan kewangan jangka panjang untuk membina warisan yang dapat diwariskan kepada generasi akan datang.